KUALA LUMPUR: Kumpulan terakhir seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar berkata kumpulan jemaah itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1.30 tengah hari semalam menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351), yang berlepas dari Madinah pada 11.10 malam (waktu Arab Saudi) Jumaat.
“Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kami amat bersyukur operasi haji kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar yang tidak diingini walaupun dalam keadaan endemik COVID-19. Selain itu, keadaan cuaca juga agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah celcius.
“Kesemua 14,305 jemaah haji Malaysia dan 340 petugas TH telah selamat pulang ke tanah air menerusi 49 penerbangan haji Malaysia Airlines dan Saudi Airlines bermula 17 Julai sehingga 13 Ogos,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan TH.
Selain itu, Azman berkata pengurusan haji negara juga diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan jemaah haji turut menerima pujian atas disiplin, pengetahuan dan tumpuan sepanjang melaksanakan ibadah itu.
Ketibaan kumpulan tersebut disambut oleh Azman bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin serta Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Sementara itu, Amrin berkata TH akan sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan kepada jemaah haji dan persiapan awal operasi musim haji tahun hadapan (1444H/2023M) akan dilaksanakan segera berdasarkan penilaian operasi tahun ini.
Katanya TH pada awal tahun ini, telah menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah haji Muassasah sebanyak RM25,540 seorang, namun kos haji sebenar telah meningkat kepada RM28,632 bagi seorang jemaah haji Muassasah.
“Antara faktor kenaikan kos yang di luar kawalan TH ini adalah peningkatan kos bagi perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada, caj tambahan bagi kemudahan baru yang diberikan semasa Masyair termasuklah fasiliti yang disediakan di khemah-khemah Arafah dan Mina, seperti kemudahan khemah dan tandas, sajian serta penggunaan bas baru di Arab Saudi.
“Dengan peningkatan kos haji tahun ini, jemaah haji Muassasah kategori B40 menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM17,652 seorang (62 peratus daripada kos haji), manakala jemaah haji Muassasah bukan B40 menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM15,652 seorang (55 peratus daripada kos haji),” katanya.
Menurutnya bayaran haji untuk jemaah Muassasah B40 adalah sebanyak RM10,980, manakala bukan B40 adalah sejumlah RM12,980 seorang.
Beliau berkata bagi musim haji tahun 1443H/2022M, jumlah keseluruhan Bantuan Kewangan Haji adalah sebanyak RM185.7 juta dan TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun hadapan melalui pendekatan secara bersasar, bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang memerlukan.
Dalam kenyataan sama, TH turut menyatakan penghargaan atas kesudian Kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia dalam menjayakan Program Pra-Perlepasan Imigresen atau dikenali sebagai ‘Makkah Route’ bagi memudahkan perjalanan jemaah haji.
“TH juga amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Diraja Arab Saudi (Kuala Lumpur), Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, serta pelbagai agensi lain dalam menjayakan operasi haji tahun ini,” menurut kenyataan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests