LARANGAN NAIKKAN SEPANDUK, LAUNG TAKBIR BUKAN PENDIRIAN KERAJAAN – SAIFUDDIN
KUALA LUMPUR: Larangan menaikkan sepanduk mengecam pemimpin Israel dan melaungkan takbir pada perhimpunan aman Ahad lepas, bukan pendirian kerajaan mahupun umat Islam di negara ini yang cintakan perdamaian.
KUALA LUMPUR: Larangan menaikkan sepanduk mengecam pemimpin Israel dan melaungkan takbir pada perhimpunan aman Ahad lepas, bukan pendirian kerajaan mahupun umat Islam di negara ini yang cintakan perdamaian.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara berkaitan larangan itu adalah atas budi bicara penganjur yang bertanggungjawab memastikan tiada perbuatan cenderung kepada permusuhan berlaku.
“Di Parlimen saya tegaskan, bila saya berdiri pendirian kerajaan saya sampaikan dengan tanggungjawab, pengiktirafan kita kepada mereka (Palestin)…tetapi soalnya apakah boleh dikecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita jelas, hakikat bahawa kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin, dengan sendirinya kita menidakkan sokongan (kepada Israel).
“Tetapi kalau di himpunan dengan 300, 400 orang, dianjurkan satu pertubuhan kemudian kalau dikenakan apa-apa sekatan,yang boleh dan tidak boleh, kena lihat fakta kejadian pada waktu itu dan ia tak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada terdapat undang-undang baharu untuk menurunkan sepanduk yang mengecam pemimpin Israel itu.
Saifuddin berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 mensyaratkan penganjur bertanggungjawab memastikan pihaknya dan orang lain berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam.
Selain itu, Saifuddin berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini, turut menunjukkan usaha Malaysia dalam bersama-sama menyelamatkan rakyat Palestin.
“Isu pokoknya solidariti kepada rakyat Palestin diiktiraf oleh negara yang bersimpati sebagai negara berdaulat tetapi tidak ada tanah air baik di Gaza atau tebing barat yang buminya itu adalah bumi dijajah.
“Sekarang nyawa dua juta rakyatnya terancam, tentera Israel sudah ada di sempadan dan isu pokoknya bagaimana mengeluarkan rakyatnya daripada tanah Gaza yang tengah terkepung dan ini yang dilakukan perdana menteri bertemu Erdogan, Raja Salman dan menjadi koordinator bagi pihak ASEAN,” katanya.
Menjawab soalan asal Wan Ahmad Fayhsal sama ada kerajaan mengeluarkan garis panduan perkara tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman, Saifuddin berkata akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia sudah memadai dalam menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager