SPRM SELESAI TEMU BUAL SAKSI ISU NGO KUTIP DERMA RAKYAT PALESTIN
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditemui pengamal media selepas merasmikan program Public-Private Partnership (PPP) Fasa 2 bertajuk ‘Cabaran Bersama: Intergriti Menangani Jenayah Kewangan’ di sebuah hotel di Bukit Bintang hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.
Beliau berkata individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.
“Kesemua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.
“Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakauan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk wang yang didermakan dan ke mana ia dibelanjakan sama ada ia benar-benar disalurkan untuk kebajikan rakyat Palestin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Anti-Korupsi Antarabangsa 2023, di sebuah hotel di sini, hari ini.
Azam berkata pengarah dan pengurusan NGO berkenaan memberikan kerjasama yang baik.
Beliau turut menjelaskan bahawa SPRM mengambil langkah proaktif untuk menjalan siasatan kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Minggu lepas, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis menarik balik kebenaran kutipan derma oleh NGO terbabit di surau dan masjid di negeri itu, selepas pihaknya menerima pelbagai aduan terhadap pertubuhan berkenaan.
Sementara itu, Azam berkata siasatan berhubung percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta melibatkan sebuah kementerian secara rundingan terus, masih berjalan.
“Saya serahkan siasatan kepada pegawai penyiasat SPRM,” katanya serta menambah setakat ini pihaknya belum lagi memanggil bekas menteri pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bagi membantu siasatan.
Dilaporkan, SPRM telah menahan dua individu berhubung siasatan membabitkan percetakan buku itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.