Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BAKAR AL-QURAN, BERANG SELEPAS CINTA DITOLAK

DALAM NEGARA

LELAKI BAKAR AL-QURAN, BERANG SELEPAS CINTA DITOLAK

PADANG TERAP: Polis menahan seorang lelaki bukan Islam selepas bertindak membakar al-Quran akibat cintanya ditolak, di belakang sebuah tandas awam di Pekan Kuala Nerang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki pada jam 12.25 tengah malam tadi selepas menerima sebuah video yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

“Pengadu bersama dua rakannya terus ke lokasi kejadian namun mendapati tiada siapa yang berada di situ dan hanya menemui cebisan al-Quran yang telah dibakar.

“Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera rakaman litar tertutup (CCTV) kerana kawasan tersebut terbuka,” katanya.
 

Bagaimanapun, suspek berusia 36 tahun berjaya ditahan polis di Pekan Kuala Nerang.

Mengulas lanjut, motif suspek bertindak sedemikian disebabkan perasaan marah dan kecewa dengan kekasihnya seorang wanita Islam yang berubah hati menolak cintanya.

Suspek juga mengaku telah membakar al-Quran kerana ia merupakan pemberian daripada bekas teman wanitanya, namun supek tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435/295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda bagi kesalahan Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala penjara dua tahun, denda dan kedua-duanya bagi kesalahan Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek turut ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading