Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CEDERA PARAH DITETAK BAPA SAUDARA ANGKAT DI PASIR PUTEH

UTAMA

LELAKI CEDERA PARAH DITETAK BAPA SAUDARA ANGKAT DI PASIR PUTEH

Seorang lelaki cedera parah di kepala dan tangan kanan selepas ditetak bapa saudara angkatnya dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat Kelantan semalam.

KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan tangan kanan selepas ditetak bapa saudara angkatnya dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata dalam kejadian 6.35 petang itu, mangsa yang berusia 44 tahun dipercayai ditetak beberapa kali dengan sebilah parang oleh suspek.

Beliau berkata suspek yang berumur 55 tahun merupakan adik angkat kepada ibu mangsa dan tinggal berhampiran rumah lelaki itu. 

“Suspek dipercayai pergi ke rumah mangsa sebelum menetak lelaki itu beberapa kali. Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham akibat dendam lama,” katanya kepada Bernama hari ini.

Zaizul Rizal berkata polis menerima laporan daripada orang awam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek telah melarikan diri namun berjaya ditahan di rumahnya tidak lama kemudian. 

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading