Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR DIPENJARA EMPAT TAHUN LIBAS ANAK KANDUNG GUNA PARANG

UTAMA

PENGANGGUR DIPENJARA EMPAT TAHUN LIBAS ANAK KANDUNG GUNA PARANG

Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana melibas anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan sebilah parang hingga menyebabkan kecederaan pada kaki kiri mangsa.

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melibas anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan sebilah parang hingga menyebabkan kecederaan pada kaki kiri mangsa.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu terhadap K Vejesh, 49, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum hari ini dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 22 Okt lepas.

Vejesh didakwa dengan sengaja mencederakan anak kandungnya di sebuah unit pangsapuri di Setapak  di sini pada 1.30 pagi, 22 Okt lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, manakala Seksyen 326A pula berdepan dengan hukuman penjara selama tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis menerima laporan tertuduh telah melibas sebilah parang hingga terkena anaknya, sebelum mangsa dirujuk ke sebuah hospital dengan doktor mengesahkan terdapat kesan luka empat hingga lima sentimeter pada kaki kiri kanak-kanak itu.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes itu merupakan anak kandungnya, manakala Vejesh tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading