LELAKI DIDAKWA BUNUH ANAK SULUNG, SIMBAH ANAK BONGSU AIR PANAS
Seorang tukang kasut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini, awal bulan ini.
KUALA LUMPUR: Seorang tukang kasut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini, awal bulan ini.
Mohd Yasin Halik, 40, didakwa membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 9 malam, 9 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah sama, Mohd Yasin dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan teman wanitanya, Suma, yang juga warga Indonesia, sehingga menyebabkan mangsa melecur pada punggung kiri.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 1 pagi, 8 Dis lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 11 Dis lepas.
Terdahulu, Wong bertanya kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam sama ada beliau ingin membuat rayuan bagi meringankan hukuman.
Mohd Yasin yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hanya menggelengkan kepala.
Di Mahkamah Sesyen pula, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air panas menggelegak daripada pemanas air ke atas anak bongsunya, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, di lokasi sama pada 12 tengah hari, 1 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 9 Jan tahun depan bagi fakta kes dan hukuman.
Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar dan B. Sareeka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.