Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah terhadap Abd Rahman Harun, 43, selepas pihak pendakwaan meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan Abd Rahman Harun, 43, (kiri) yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini, menjalani pemerhatian mental selama sebulan. –fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Mahkamah Majistret Alor Setar mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini, menjalani pemerhatian mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah terhadap Abd Rahman Harun, 43, selepas pihak pendakwaan meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Dia didakwa membunuh Isah Salleh, 68, di sebuah rumah di Kampung Bok-Bok, Mukim Derga dekat sini antara 7 pagi hingga 8 pagi pada 2 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan minimum 12 kali sebatan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh yang berkemeja-T kelabu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret kemudiannya mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk penilaian bagi memastikan sama ada tertuduh mempunyai masalah mental.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh belum diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 10 April ini bagi mendapatkan status laporan penilaian mental berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading