Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN NAZRIN BERKENAN TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM3 JUTA

DALAM NEGARA

SULTAN NAZRIN BERKENAN TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM3 JUTA

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, pada Sabtu.

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, pada Sabtu.

Penyerahan zakat berkenaan didahului syarikat BELATI yang diwakili pengarahnya Mohamad Akmal Datuk Johari dengan menyerahkan zakat berjumlah RM885,000.00.

Johawaki Plantation Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya Anizam Bakar menyerahkan zakat berjumlah RM290,000.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak pula yang diwakili Mohd Azhar Mohd Yusof menyerahka zakat berjumlah RM1,089,237.08.

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zulkefli Abdullah menyerahkan zakat berjumlah RM800,000.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyerahkan zakat itu kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah kepada Pengurus Besar Single Business Unit (SBU) Pungutan Zakat dan Wakaf MAIPk, Ahmad Nazim Md Tajuri.

Baginda turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah bersama tetamu yang terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Orang Besar Perak, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan dan badan berkanun. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading