Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, ISTERI CEDERA KERETA TERBABAS DI IPOH 

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, ISTERI CEDERA KERETA TERBABAS DI IPOH 

Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terbalik di hadapan sebuah kedai perabot di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh pagi tadi.

Sumber: JBPM Perak

IPOH: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terbalik di hadapan sebuah kedai perabot di Jalan Sultan Idris Shah di sini, pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.06 pagi sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis dengan seorang lelaki berusia 55 tahun tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Isteri mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan ringan, menerima rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan hidraulik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 8.53 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading