LIMA JENAZAH TERPAKSA DIKEBUMIKAN SEMULA AKIBAT KUBUR RUNTUH
KUALA NERUS: Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di sini, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak hari ini.
Penduduk kampung yang dipantau oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengangkat jenazah yang digali semula untuk tujuan dipindahkan ke kawasan perkuburan lain semasa tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras, hari ini. — Bernama
KUALA NERUS: Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di sini, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Maras Mohd Isshamudin Ismail berkata tanah perkuburan yang terletak berdekatan pantai itu sudah lama diancam masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh.
Bagaimanapun, fenomena air pasang berserta ombak besar malam tadi menyebabkan lima kubur runtuh dan hanyut dibawa ombak besar.
“Kejadian disedari penduduk kampung yang datang kira-kira 9 pagi tadi. Selain jenazah, ada serpihan kain kafan, tulang, batu nisan dan kepuk yang jatuh ke dalam air laut.
“Tetapi penduduk berjaya bawa naik jenazah, kepuk dan kutip sebahagian kain kafan. Yang lain mungkin telah dihanyutkan ombak ke tengah laut,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, di sini hari ini.
Mohd Isshamudin berkata waris terlibat telah dihubungi dan hadir untuk menyelesaikan beberapa urusan termasuk pemindahan jenazah yang dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Gong Walit, Mengabang Telipot di sini hari ini.
Menurut beliau, terdapat kira-kira 200 kubur yang perlu dipindahkan segera ke tempat lain berikutan masalah hakisan yang semakin teruk setiap tahun.
“Sebenarnya, pihak berwajib dah bina benteng untuk menghalang ombak dari terus ke tanah perkuburan. Tetapi benteng itu dah lama…dalam lima tahun. Dua tiga hari ini ombak kuat, benteng pun tak boleh nak tahan ombak besar.
“Kebanyakan kubur di sini adalah kubur lama…lebih 70 tahun. Tetapi jika musim hujan jenazah penduduk kampung akan tetap dikebumikan di sini kerana tapak kubur baharu digenangi air,” katanya.
Sementara itu, Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata pihak Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Agama (JHEAT) telah diberi kebenaran untuk menggali dan memindahkan beberapa kubur yang berpotensi dihanyutkan ombak dengan segera.
“Proses tersebut perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata terdapat lapan kubur lagi akan dialihkan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Seorang waris, Siti Idayu Mohd Ali, 41, berkata dia dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa terdapat kubur yang hanyut pagi tadi.
Setelah tiba di tanah perkuburan berkenaan, wanita itu terkejut kerana melihat keadaan kain kafan ibunya Rosnani Ngah yang meninggal dunia pada 2012 masih elok dan utuh berikat.
“Emak saya meninggal dunia ketika berumur 48 tahun akibat demam dan cirit-birit. Saya tidak sangka walaupun telah 12 tahun meninggal dunia tetapi kain kafan arwah masih elok,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked