KERAJAAN JIMAT HAMPIR RM1 JUTA KOS PENERBANGAN PM ANWAR BAGI LAWATAN KE LIMA NEGARA – FAHMI
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan hanya menanggung RM1.662 juta menerusi sewaan pesawat khas iaitu Airbus A350 Malaysia Airlines berbanding kos penggunaan pesawat rasmi kerajaan iaitu RM2.5 juta.
Kos ini telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi iaitu RM1.662 juta bersamaan 27 peratus daripada kos keseluruhan. –foto Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta membabitkan kos penerbangan bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi rasmi ke lima negara baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bercakap pada sidang media mingguan di sini hari ini, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan hanya menanggung RM1.662 juta menerusi sewaan pesawat khas iaitu Airbus A350 Malaysia Airlines berbanding kos penggunaan pesawat rasmi kerajaan iaitu RM2.5 juta.
“Kos ini telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi iaitu RM1.662 juta bersamaan 27 peratus daripada kos keseluruhan.
“Pihak kerajaan dapati ada penjimatan (sewaan pesawat khas) jika dibandingkan dengan penggunaan pesawat sedia ada,” katanya.
Fahmi turut menegaskan lawatan rasmi Perdana Menteri serta delegasi rasmi ke lima negara berkenaan iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil dan Qatar itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tanpa melibatkan pembiayaan daripada syarikat swasta yang turut mengikuti lawatan tersebut.
“Penting saya jelaskan di sini, kerajaan membayar untuk penerbangan Perdana Menteri. Perdana Menteri tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat, tetapi ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Bagi kos perbelanjaan lain seperti makanan dan pengangkutan darat semasa lawatan rasmi itu, Fahmi berkata kebiasaannya ia turut dibiayai oleh penganjur bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) serta Sidang Kemuncak G20.
“Tidak timbul isu kos-kos ini ditanggung oleh pihak swasta,” katanya.
Untuk rekod, delegasi negara turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua timbalan menteri, yang bertujuan mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan serta diplomatik Malaysia khususnya dengan Mesir, Peru dan Brazil.
Mengenai penyertaan delegasi perniagaan dalam lawatan rasmi yang bermula pada 9 hingga 19 Nov itu, Fahmi berkata semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh syarikat terlibat yang mencerminkan minat kukuh mereka terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di negara dan rantau yang dilawati.
“Delegasi perniagaan membayar 73 peratus daripada jumlah tersebut atau RM4.5 juta. Mereka (syarikat) bayar tiket sendiri,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.