Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR WAN AZIZAH CADANG WUJUDKAN ‘RUMAH KUCING’

DALAM NEGARA

DR WAN AZIZAH CADANG WUJUDKAN ‘RUMAH KUCING’

“Di Bandar Tun Razak kita ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata…langkah ini (rumah kucing) dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab.”

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat ruangan hotel kucing ketika mengadakan lawatan ke Wisma Pet Universe Ampang disini hari ini. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya ‘rumah kucing’ diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata ‘rumah kucing’ berkenaan boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter dan menyediakan perkhidmatan adopsi kucing.

“Di Bandar Tun Razak kita ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata…langkah ini (rumah kucing) dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM) dan Pet Universe di sini hari ini.

MoU itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan kucing dan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Justeru, Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri menyeru agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk bersama-sama meningkatkan standard kebajikan haiwan peliharaan di Malaysia dengan mewujudkan ‘rumah kucing’ berkenaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading