KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya.
Saminathan, 34, yang menghadapi pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan itu ditahan reman di Penjara Sungai Buloh mengikut SOSMA.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini mendengar hujahan peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Saminathan, dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dalam prosiding kes berkenaan yang bermula pada 4.30 petang dan berakhir 8 malam.
Terdahulu, Ramkarpal berhujah badan Kehakiman mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan ikat jamin dan badan Eksekutif tidak boleh campur tangan dalam hal berkenaan.
Peguam itu berkata pihaknya menerima bahawa ia bukan sesuatu yang mudah untuk mahkamah membenarkan ikat jamin, tetapi untuk menafikan terus hak anak guamnya bagi mendapatkan ikat jamin adalah tidak wajar.
Sementara itu, Muhamad Iskandar pula berhujah SOSMA adalah sah dari segi perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang di bawah SOSMA juga berbeza dan tidak boleh disamakan dengan undang-undang jenayah lain. Bayangkan, jika ikat jamin dibenarkan, dikhuatiri perlakuan keganasan akan berulang,” katanya yang turut memaklumkan pertimbangan jaminan bagi tahanan mengikut SOSMA hanya boleh diberikan kepada kanak-kanak, wanita dan orang sakit.
Pada 1 Nov lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob telah memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan pembelaan mengikut Seksyen 13(2) SOSMA bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah itu telah membenarkan permohonan Saminathan dan 11 lelaki untuk merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke MahkamahTinggi.
Selain Saminathan, mereka yang lain ialah ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaran, 60; pemandu teksi V. Balamurugan, 37; penghantar surat S. Teeran, 38; peniaga besi buruk A. Kalaimughilan, 28; ketua pegawai perbadanan S. Chandru, 38; juruteknik S. Arivainthan, 27; penjaga stor S.Thanagaraj, 26; pengawal keselamatan M. Pumugan, 29; seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52; ahli DAP V. Suresh Kumar, 43; dan peniaga B. Subramaniam, 57.
Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini dan di beberapa negeri pada 29 dan 31 Okt lepas atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.