Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN BOM BAGHDAD : TIGA TERBUNUH, 17 CEDERA

DUNIA

SERANGAN BOM BAGHDAD : TIGA TERBUNUH, 17 CEDERA

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan 17 lain cedera dalam tiga serangan pengeboman di ibu negara Iraq, Baghdad semalam demikian menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Memetik sumber daripada Agensi Berita Xinhua, dalam satu serangan, sebuah motosikal yang dipasang bom diletupkan di pasar di kawasan al-Shaab di timur laut Baghdad, membunuh enam orang dan mencederakan sembilan yang lain, kata pegawai itu.

Satu lagi letupan berlaku di kawasan al-Baiyaa di barat daya bandar itu, mencederakan empat orang.

Manakala bom ketiga meledak di kejiranan al-Baladiyat di timur Baghdad, menyebabkan empat lagi cedera.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini, tetapi dalam banyak kes serupa di Iraq, kumpulan militan Daesh mengaku terlibat dalam keganasan yang menyasarkan pasukan keselamatan serta kawasan tumpuan awam, termasuk pasar, kafe dan masjid.

Walaupun keadaan keselamatan di Iraq telah meningkat secara mendadak selepas tentera Iraq mengalahkan Daesh pada hujung 2017, serangan keganasan tetap berlaku dari semasa ke semasa di negara yang baru-baru ini oleh berdepan protes besar-besaran terhadap kerajaan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading