Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU HINA JALUR GEMILANG LAYAK DILUCUT KERAKYATAN

DALAM NEGARA

INDIVIDU HINA JALUR GEMILANG LAYAK DILUCUT KERAKYATAN

SHAH ALAM: Individu yang menghina Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan boleh menjatuhkan maruah bendera yang disanjung tinggi dalam negara.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan individu terbabit tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

“Lebih baik buang saja status kewarganegaraan yang mereka miliki,” katanya ketika diminta mengulas insiden bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima yang dipaparkan pada skrin ketika siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 di Stadium Hang Jebat semalam.

Ramlah ketika dihubungi semalam juga berkata, tindakan itu antara satu cara untuk mengganggu gugat kedaulatan negara dan boleh dilabel sebagai pembelot.

“Perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka ingin menafikan bendera negara sendiri yang telah lama digunakan sejak Malaysia memperolehi kemerdekaan,” katanya.

Dr Ramlah berkata, tindakan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan melanggar prinsip Rukun Negara.

Justeru Dr Ramlah berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya demi menjaga keharmonian dan nama baik Malaysia. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading