Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIWP LANCAR PROJEK LAMAN CENDAWAN UNTUK ASNAF DI LABUAN

DALAM NEGARA

MAIWP LANCAR PROJEK LAMAN CENDAWAN UNTUK ASNAF DI LABUAN

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melancarkan projek Laman Cendawan bernilai RM193,720 di Kampung Sungai Buton hari ini.

Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman (depan, kiri) melihat hasil cendawan yang diusahakan salah seorang pengusaha rumah cendawan asnaf MAIWP Mudi Embak (kanan) ketika hadir menyempurnakan perasmian Laman Cendawan MAIWP di Kampung Sungai Buton hari ini. — Bernama

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melancarkan projek Laman Cendawan bernilai RM193,720 di Kampung Sungai Buton hari ini.

Projek bertujuan membantu menaik taraf golongan asnaf itu melibatkan pembinaan lima rumah cendawan berkeluasan 2,800 kaki persegi di kawasan seluas tujuh hektar milik MAIWP.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abd Rahman ketika melancarkan projek itu berkata setiap rumah cendawan itu berkeluasan 300 kaki persegi dengan mampu memuatkan 4,000 bongkah cendawan pada satu-satu masa. 

Beliau berkata setiap rumah cendawan dikendalikan oleh seorang asnaf yang dilantik berdasarkan minat dan kecenderungan meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian serta melepasi proses tapisan MAIWP.

“Objektif program rintis pertanian ini untuk membantu golongan asnaf terus berdikari dan sentiasa berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Program berkonsepkan pertanian bandar itu juga dilihat mampu mewujudkan ekosistem menjana pendapatan pelbagai pihak di samping mendukung misi dan visi keterjaminan makanan negara.

Abdul Aziz berkata MAIWP menganggarkan sebuah rumah cendawan boleh mengeluarkan maksimum tujuh kilogram hasil tuaian cendawan sehari.

“Projek ini merangkumi struktur bangunan rumah cendawan, sistem pengairan dan elektrik, rak dan bongkah cendawan serta pembersihan tanah,” katanya dan menambah projek berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian Labuan, Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading