Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMUDA BACA TALKIN BUAT ARWAH NENEK TANPA TEKS TARIK PERHATIAN WARGA NET

DALAM NEGARA

PEMUDA BACA TALKIN BUAT ARWAH NENEK TANPA TEKS TARIK PERHATIAN WARGA NET

Video tular seorang pemuda membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian Allahyarhamah neneknya menarik perhatian warga net yang memuji kebolehan lelaki itu.

KUALA LUMPUR: Video tular seorang pemuda membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian Allahyarhamah neneknya menarik perhatian warga net yang memuji kebolehan lelaki itu.

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, bacaan talkin pemuda itu buat Allahyarhamah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, turut membuatkan mereka yang menyaksikan turut sebak dan meruntun hati.

Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan tabah membacakan talkin di sisi ahli keluarga serta saudara terdekat sambil menahan daripada menitiskan air mata.

“Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.

“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.

“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong.

“Berapa ramai adik-beradik, yang bertelagah, berapa ramai adik beradi berpecah belah, sedangkan mereka tidak tahu esok mereka juga akan menghadap kepada Allah SWT. Seperti mana juga nenek kami, dan juga ibu kami, dia juga tidak tahu bahawasanya dia bakal pergi pada hari ini,” kata lelaki itu.

Video tular itu mendapat jumlah tontonan 4.2 juta selain mendapat komen yang positif serta pujian kerana menunjukkan contoh yang baik untuk anak muda.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading