SUNGAI BESAR: Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias (tengah)
SUNGAI BESAR: Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.
Terdahulu, Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi semalam (23 Mei).
Katanya hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah kediaman di sekitar Sungai Besar pada 1.45 tengah hari semalam.
“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai telah dibakar sebanyak dua kali bertujuan untuk melupuskan bukti iaitu sekitar 10 malam (22 Mei) dan semalam sekitar 7 pagi sebelum ditemukan orang awam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya suspek didakwa telah memukul, menikam menggunakan pisau dapur dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan keesokan harinya kembali ke tempat kejadian dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi.
Beliau berkata lelaki itu turut membuang barang bukti termasuk barangan milik mangsa di sekitar Jalan Lama, Kuala Selangor.
Agus Salim berkata semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah kedua-dua mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun lalu dan dipercayai kandungan mangsa telah berusia sekitar empat bulan.
Katanya suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa yang 60 peratus terbakar berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Dalam kes berasingan, Agus Salim berkata pihaknya menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran syabu seberat 30 kilogram bernilai RM1.08 juta di kawasan jeti Sekinchan pada 10 malam, 19 Mei lalu.
Beliau berkata kesemua suspek yang dipercayai terlibat mengedar dan menyeludup keluar dadah bagi dipasarkan ke negara jiran itu ditahan reman selama tujuh hari bermula 20 Mei lalu dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests