MALAYSIA GESA ASEAN BERSUARA BAGI MEREKA YANG TERTINDAS DI GAZA
Malaysia menggesa ASEAN untuk menyuarakan pandangan dengan tegas dan kolektif dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa, dengan memetik krisis di Gaza dan Myanmar sebagai ujian terhadap tanggungjawab moral blok itu.
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa ASEAN untuk menyuarakan pandangan dengan tegas dan kolektif dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa, dengan memetik krisis di Gaza dan Myanmar sebagai ujian terhadap tanggungjawab moral blok itu.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ASEAN tidak boleh terus terpinggir dalam menghadapi ketidakadilan global, dan menekankan tanggungjawab blok itu memanfaatkan suaranya di pentas antarabangsa untuk membela mereka yang tertindas dan memupuk penyelesaian yang berpaksikan dalam undang-undang antarabangsa dan prinsip sejagat.
Beliau menekankan keperluan ASEAN merenung secara mendalam untuk memainkan peranan yang bermakna dan proaktif dalam membentuk kemajuan global, termasuk dengan mengambil pendirian bersatu dan tegas dalam isu-isu kritikal seperti keamanan, keadilan, kesaksamaan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
“Kepungan total Gaza oleh tentera Israel menyebabkan kebuluran dan kematian ramai. Kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin terus mencerminkan sikap acuh tak acuh dan tidak adil… ia adalah akibat langsung daripada penghakisan rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa.
“ASEAN tidak boleh berdiam diri. Kita mempunyai suara dalam hal ehwal dunia, dan kita mesti menggunakan suara kita untuk mewakili suara mereka yang tertindas, dan menawarkan penyelesaian berdasarkan prinsip dan undang-undang antarabangsa,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Di peringkat serantau, Mohamad berkata ASEAN telah bertegas dan menunjukkan betapa ia bertindak secara proaktif semasa krisis, termasuk dalam mengambil tindakan pantas susulan kejadian gempa bumi tragis yang melanda beberapa bahagian Myanmar dan Thailand.
Beliau berkata tindak balas pantas ASEAN itu menyerlahkan nilai terasnya iaitu belas ihsan, perpaduan dan semangat kemanusiaan, yang telah mentakrifkan blok itu sejak penubuhannya, dan ia mengesahkan komitmen teguh rantau ini untuk berdiri di sisi Myanmar semasa tempoh krisis ini.
“Kami menyeru pihak berkepentingan di Myanmar untuk hentikan permusuhan, di samping melanjutkan dan meluaskan gencatan senjata, bagi memudahkan laluan yang panjang dan sukar ke arah pemulihan, dan meringankan penderitaan rakyat Myanmar.
“Tragedi ini telah mengingatkan kita bahawa krisis tidak mengenal sempadan. Bencana alam adalah seperti cabaran global yang menuntut keazaman kolektif dan perpaduan,” katanya.
Beliau berkata semangat yang sama kini mesti membimbing blok itu ketika mereka menghadapi cabaran dalam dan luar rantau ini, ketidaktentuan masa kini dan masa depan.
Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN secara tertutup, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
Sebagai pengerusi dan tuan rumah ASEAN 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC dari 26 hingga 27 Mei.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests