MALAYSIA JADI TUAN RUMAH PERLAWANAN KELAYAKAN BOLA SEPAK PALESTIN-JORDAN
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Palestin, Jibril Mahmoud Muhammad Rajoub mengumumkan bahawa negara itu memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan yang akan datang, meskipun menerima tawaran daripada beberapa negara lain.
Jurulatih Pasukan Bola Sepak Palestin Makram Daboub (kiri) bersama penjaga gol pasukan itu Rami Hamada. – Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Palestin, Jibril Mahmoud Muhammad Rajoub mengumumkan bahawa negara itu memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan yang akan datang, meskipun menerima tawaran daripada beberapa negara lain.
“Lebih daripada satu negara termasuk Indonesia, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perlawanan kami.
“Namun, kami memilih Malaysia kerana ia bukan sebahagian daripada 18 pasukan yang bersaing dalam proses kelayakan dan merupakan negara sahabat kepada Palestin dan Jordan,” kata Jibril semasa sidang media di Kedutaan Palestin.
Beliau berkata bahawa pasukan kebangsaan Palestin menghadapi cabaran akibat penjajahan Israel, yang menyekat kemampuan mereka untuk menganjurkan perlawanan antarabangsa di tanah air sendiri.
Bagaimanapun, beliau optimis bahawa Palestin akan dapat bermain di Baitulmaqdis tidak lama lagi.
“Kami sedang berjuang dan melabur banyak untuk bermain di wilayah kami di Palestin di Baitulmaqdis dan kami berharap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memberi tekanan yang mencukupi kepada Israel untuk membolehkan kami menganjurkan perlawanan di tanah air kami,” katanya.
Selain itu, Jibril turut menyatakan penghargaan Palestin kepada Malaysia atas sokongan berterusan bukan sahaja dalam arena bola sepak tetapi juga atas pendirian politik dan moral sejak sekian lama terhadap perjuangan Palestin.
“Keramahan Malaysia dalam menjadi tuan rumah kepada pasukan bola sepak kebangsaan Palestin semasa kempen kelayakan Piala Dunia kami adalah lambang solidariti sejarahnya dengan Palestin.
“Kami sangat berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia dan rakyatnya,” katanya.
Beliau juga berkata bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan terhadap kesan negatif yang ketara akibat pendudukan Israel terhadap kemajuan sukan di Palestin.
“Ia termasuk kehilangan tragis lebih 410 atlet, belia serta kemusnahan besar kemudahan sukan,” katanya.
Menjelang perlawanan menentang Jordan yang dijadualkan berlangsung esok (Selasa) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Jibril menyeru peminat bola sepak Malaysia untuk menunjukkan sokongan kepada kedua-dua pasukan memandangkan hubungan sejarah yang mendalam antara Palestin, Jordan dan Malaysia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked