Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH KETIKA MAIN BOLA SEPAK

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH KETIKA MAIN BOLA SEPAK

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih, Kajang dekat sini Sabtu lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih, Kajang dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata remaja berusia 14 tahun itu dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 2.02 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden pada 4.08 petang oleh seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga jurulatih remaja itu. 

“Hasil siasatan mendapati semasa separuh masa pertama perlawanan, mangsa telah rebah dengan tiba-tiba dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

“Mangsa memang biasa bermain bola dan ada masalah asma sejak kecil tapi tidak serius. Difahamkan ketika kejadian, ibu bapanya tiada di tempat kejadian,” katanya menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Naazron berkata pihaknya menasihati semua pihak terutama ibu bapa untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading