Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA KEKAL PENDIRIAN TAK BENAR SYARIKAT BERDAFTAR DI ISRAEL JALAN AKTIVITI DALAM NEGARA

DALAM NEGARA

MALAYSIA KEKAL PENDIRIAN TAK BENAR SYARIKAT BERDAFTAR DI ISRAEL JALAN AKTIVITI DALAM NEGARA

Datuk Seri Anwar mengulas gesaan Dr Mahathir agar kerajaan segera mengusir dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada tentera rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang kini berada di Malaysia untuk Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel untuk menjalankan sebarang aktiviti di negara ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada syarikat Israel yang dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara. 

“Tak ada, kita tak benarkan. Ingat, tahun 2002, yang benarkan kapal Israel masuk adalah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa jadi Perdana Menteri. Itu diteruskan sehingga kita batalkan, itu pendirian kita,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar mengulas gesaan Dr Mahathir agar kerajaan segera mengusir dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada tentera rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang kini berada di Malaysia untuk Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara.

Pameran DSA dan NASTEC Asia 2024 berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dalam catatan di laman media sosial menggesa Kementerian Pertahanan agar mengarahkan kedua-dua syarikat pembekal senjata untuk segera keluar dari Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua syarikat adalah pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Okt tahun lepas.

Dr Mahathir mendakwa tindakan membenarkan kehadiran syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha negara menentang kekejaman rejim Tel Aviv seolah-olah bersekongkol dengan mereka untuk menumpahkan darah rakyat Palestin termasuk bayi dan kanak-kanak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading