KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail di sini, petang tadi.
Insiden itu turut mencederakan seorang lagi mangsa berusia 26 tahun dan kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Ketika kejadian, aliran trafik dilapor sesak ditambah dengan hujan lebat dan angin kencang.
Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur PgKB I M. Fatta M. Amin berkata, kejadian pokok tumbang itu melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.
Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasaliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang dan menggerakkan jentera daripada empat balai bomba berdekatan dengan kekuatan 27 anggota – Alhijrah Online