PERSIDANGAN ANTARABANGSA KETUA-KETUA AGAMA 2024 BERLANGSUNG HARI INI
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, dengan menarik penyertaan hampir 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara
KUALA LUMPUR: Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, dengan menarik penyertaan hampir 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara.
Disifatkan sebagai persidangan antarabangsa ketua-ketua agama paling penting dianjurkan oleh benua Asia, persidangan berkenaan dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.
Dalam prakata buku acara berkenaan, Perdana Menteri berkata tema persidangan “Kesatuan Dalam Kepelbagaian”, sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini dengan pandangan hidup yang dikaitkan dengan ketidaksepakatan, perselisihan dan perpecahan.
“Disebalik kemajuan globalisasi dalam setengah abad ini dan penggunaan Internet yang meluas, kita menyaksikan perpecahan meningkat dalam masyarakat. Tiada satu hari pun yang berlalu tanpa kita mendengar tentang konflik komunal, agama mahupun politik,” katanya.
Anwar berkata muhasabah diri yang jujur terhadap kekurangan masa lepas merupakan satu-satunya cara untuk ke hadapan, manakala cabaran sosioekonomi yang merupakan punca ketidakpuasan hati pada masa ini perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh, telus serta saksama.
Menurut Perdana Menteri pemimpin mempunyai tanggungjawab moral untuk memperbaiki perpecahan yang wujud dalam kalangan masyarakat menerusi nilai-nilai sejagat dan egalitarianisme serta pemikiran sempit perlu diganti dengan kemajuan fikiran.
“Kita mesti melangkaui perbezaan pada zahir seperti warna kulit, bahasa yang kita tuturkan dan agama yang kita anuti,” katanya sambil menambah kepimpinan sejati terletak pada kemampuan untuk melihat melangkaui perbezaan terbabit.
Anwar turut yakin bahawa landskap kepelbagaian sosial Malaysia bertepatan dengan persidangan berkaitan persefahaman dan perpaduan itu.
Persidangan sehari berkenaan akan disusuli dengan Persidangan Majlis Ulama Asia di Hotel Mandarin Oriental di sini pada Rabu.
Kedua-dua persidangan itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MWL- Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked