Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL AMBIL ALIH LINTASAN SEMPADAN RAFAH – MESIR

DUNIA

ISRAEL AMBIL ALIH LINTASAN SEMPADAN RAFAH – MESIR

Tentera Israel mengambil alih kawalan operasi di lintasan sempadan Rafah, yang bersempadan dengan Mesir, di mana kereta kebal milik rejim itu turut memasuki kawasan berkenaan

Gambar yang dikongsi tentera Israel menunjukkan Kereta Kebal milik rejim itu mengambil alih operasi kawalan di Lintasan sempadan Rafah – Mesir
Foto AFP

RAFAH: Tentera Israel mengambil alih kawalan operasi di lintasan sempadan Rafah, yang bersempadan dengan Mesir, di mana kereta kebal milik rejim itu turut memasuki kawasan berkenaan.

Operasi dijalankan sejak malam tadi di Timur Rafah di mana kebanyakan penduduk telah berpindah ke zon selamat. Lintasan Kerem Shalom yang menjadi laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza juga ditutup sekaligus menghentikan aliran bantuan ke wilayah terkepung itu.

Sementara itu, memetik Aljazeera, sebilangan besar rakyat Palestin di Rafah bimbang dan keliru mengenai pencerobohan Israel ke atas bandar berkenaan.

Ketika orang ramai meninggalkan Rafah, wilayah paling selatan itu terus menjadi sasaran tentera Israel yang bermula dari Timur sehingga mengorbankan 20 rakyat Palestin. Serangan itu dilancar menjelang rundingan di Mesir hari ini.

Selepas rundingan awal sebelum ini tidak berhasil, Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata sebagaimana dikemukakan negara perantara Qatar dan Mesir.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata cadangan itu jauh dari tuntutan utama Israel, namun kerajaan negara haram itu akan menghantar perunding bagi merealisasikan perjanjian itu.

Rundingan gencatan senjata itu bersambung di Kaherah hari ini dengan harapan dapat mencapai persetujuan untuk gencatan senjata serta-merta dan kekal di Gaza – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading