Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PEREMPUAN TUJUH BULAN MAUT, PENGASUH DITAHAN

DALAM NEGARA

BAYI PEREMPUAN TUJUH BULAN MAUT, PENGASUH DITAHAN

Difahamkan ketika pengasuh itu hendak membetulkan kedudukan bayi, dia mendapati bayi itu tidak sedarkan diri, lalu dia terus membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan selepas seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan meninggal dunia semasa bayi itu berada dalam jagaannya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa bayi berkenan dijaga oleh pengasuhnya yang berumur 30an, ketika ibu bapa bayi itu bekerja.

Beliau berkata difahamkan ketika pengasuh itu hendak membetulkan kedudukan bayi, dia mendapati bayi itu tidak sedarkan diri, lalu dia terus membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

Dalam kenyataan di sini hari ini Helmi berkata pada kira-kira pukul 4.25 petang polis menerima laporan daripada Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang memberitahu bahawa seorang bayi perempuan telah meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurutnya bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik HSJ mendapati punca kematian bayi itu disebabkan jangkitan kuman pada salur penafasan, dan polis kemudiannya menahan pengasuh bayi itu bagi membantu siasatan.

“Wanita itu direman sehingga 10 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 ( 1 ) ( a ) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.–AlHijrah Onlien


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading