Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA, RUSIA SETUJU KOMUNITI ANTARABANGSA PERLU TINGKAT TEKANAN TAMATKAN KEMPEN GENOSID ISRAEL DI GAZA – PM ANWAR  

DALAM NEGARA

MALAYSIA, RUSIA SETUJU KOMUNITI ANTARABANGSA PERLU TINGKAT TEKANAN TAMATKAN KEMPEN GENOSID ISRAEL DI GAZA – PM ANWAR  

Malaysia dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza.

VLADIVOSTOK: Malaysia dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.

“Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam catatan di X, semalam.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini semalam.

Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading