Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELUANG LUAS KEMBANG PERDAGANGAN DENGAN MALAYSIA – PUTIN 

DALAM NEGARA

PELUANG LUAS KEMBANG PERDAGANGAN DENGAN MALAYSIA – PUTIN 

Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah US$3.5 bilion (US$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

VLADIVOSTOK: Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah US$3.5 bilion (US$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.

“Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan ASEAN, dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.

“Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini pada Rabu.

Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading