Hasrat anak sulung daripada enam beradik untuk melangsungkan perkahwinan pada November ini tidak kesampaian selepas ditemukan lemas bersama dua adik perempuannya di Pantai Cahaya, dekat sini semalam.
PORT DICKSON: Hasrat anak sulung daripada enam beradik untuk melangsungkan perkahwinan pada November ini tidak kesampaian selepas ditemukan lemas bersama dua adik perempuannya di Pantai Cahaya, dekat sini semalam.
Sepupu perempuan mereka, R. Thammanty, 30, berkata mangsa, R. Kalaivani, 30 juga telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis praperkahwinan dalam waktu terdekat bersama tunang, J. Sathiswaran, 29, yang terselamat ketika kejadian berkenaan.
“Pemergian mereka amat mengejutkan kami semua. Kalaivani dan Sathiswaran dah bertunang sejak lapan tahun lepas, mereka sedang mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan November nanti, tapi apakan daya apabila dia bersama dua adiknya pergi dulu.”
“Dia dan tunangnya tinggal di Taiping, Perak dan pulang bercuti di rumah keluarga Kalaivani di Banting, Selangor pada Sabtu lepas. Saya dan sepupu memang sangat rapat, rumah juga berdekatan, tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami berjumpa, mereka sangat ceria,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Port Dickson di sini hari ini.
Selain Kalaivani, turut ditemukan lemas dalam kejadian pada 5.57 petang itu adalah adik keduanya Dawige, 29, dan adik bongsu, Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki yang juga anak kelima, Veeran, 26, dan Sathiswaran berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Thammanty berkata percutian sepupunya bersama ibu mereka, K. Anchalay, 52, semalam juga adalah percutian pertama keluarga itu ke Port Dickson kerana sebelum ini mereka hanya ke kawasan sekitar Selangor sahaja.
Menurutnya ketika ini keadaan emosi Anchalay tidak stabil dan masih menangis berikutan hilang ketiga-tiga anak perempuannya serentak, manakala anak lelakinya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mengulas kejadian semalam, Thammanty berkata dia menyedari Veeran mengambil kereta di parkir hadapan rumah kira-kira 2 petang dan menjelang malam rumah mereka dilihat masih gelap sehingga menimbulkan kerisauan kerana sebelum ini mereka sekeluarga akan memaklumkan padanya jika mahu ke mana-mana.
“Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada mak cik (Anchalay) memaklumkan tiga sepupu saya meninggal dunia, saya fikir mereka kemalangan tetapi sampai di hospital baru tahu mereka lemas. Menurut mak cik kejadian berlaku sangat pantas hingga dia sendiri tidak perasan,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasa sedang dilakukan ketika ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.