Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT LELAKI HALAU MAT REMPIT GUNA KAYU

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT LELAKI HALAU MAT REMPIT GUNA KAYU

Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian lelaki memegang objek berupa kayu di tepi jalan dipercayai tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal.

KEMAMAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian lelaki memegang objek berupa kayu di tepi jalan dipercayai tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, siasatan dibuat berdasarkan video tular di aplikasi TikTok dipercayai berlaku di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat Geliga, jam 6.45 petang Sabtu.

“Kita turut mengesan semua pihak yang terbabit dalam kejadian berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian itu diminta tampil menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang menimbulkan rasa tidak berpuas hati, sebaliknya perlu melaporkan kepada polis.

“Polis juga menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan memegang objek dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan pemuda bermotosikal yang melalui tempat kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading