Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA HALANG KERETA DI LAMPU ISYARAT DIMINTA BUAT LAPORAN POLIS

DALAM NEGARA

WANITA HALANG KERETA DI LAMPU ISYARAT DIMINTA BUAT LAPORAN POLIS

Polis menggesa wanita yang tular videonya menghalang sebuah kereta jenis Proton Wira yang sedang bergerak ketika di lampu isyarat Batu 1, Port Dickson, untuk tampil membuat laporan.

KUALA LUMPUR: Polis menggesa wanita yang tular videonya menghalang sebuah kereta jenis Proton Wira yang sedang bergerak ketika di lampu isyarat Batu 1, Port Dickson, untuk tampil membuat laporan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya mengesan sebuah video berhubung kejadian sekitar jam 9.43 pagi Ahad yang dimuat naik di media sosial.

“Perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, polis masih belum menerima apa-apa laporan yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung insiden,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat ketenteraman awam, katanya.

“Penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading