Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID, SURAU SELURUH MALAYSIA DISARAN ANJUR SOLAT HAJAT UNTUK MANGSA BANJIR

DALAM NEGARA

MASJID, SURAU SELURUH MALAYSIA DISARAN ANJUR SOLAT HAJAT UNTUK MANGSA BANJIR

Masjid serta surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh mangsa banjir yang terjejas di beberapa buah negeri.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Masjid serta surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh mangsa banjir yang terjejas di beberapa buah negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agam) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata,masjid-masjid di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut diarahkan untuk mengadakan solat Hajat selepas solat Isyak hari ini (28 Nov) dan selepas solat Jumaat 28 Nov.

Katanya, masjid-masjid dan surau-surau Jumaat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk mengadakan Solat Hajat pada waktu tersebut.

“Dalam situasi ini, semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini.

“Penghargaan juga dizahirkan kepada para petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi infografik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Perlis dan Terengganu dilanda banjir dan menjejaskan 61,255 mangsa, setakat jam 7.18 malam.

Sebanyak 441 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 18,950 keluarga.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading