Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHAMMAD SANUSI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM ANWAR BERKAITAN PELABURAN HYUNDAI MOTOR

DALAM NEGARA

MUHAMMAD SANUSI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM ANWAR BERKAITAN PELABURAN HYUNDAI MOTOR

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.

Gambar fail –fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.

“Saya ucap terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh PMX (Perdana Menteri) kepada pelaburan Hyundai (Motor).

“Kita sokong Hyundai Motor masuk (melabur). Kita ucap terima kasih kepada kerajaan Persekutuan…mailah ke Kulim, mailah bila pun, mailah siapa pun (datanglah ke Kulim, datanglah bila pun, datanglah sesiapa pun) (pelabur),” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kedah 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pembangkang Kedah berkata pengumuman Hyundai Motor mengenai pelaburan di Kulim membuktikan tiada plot dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah sekali gus menafikan kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini.

Ia susulan pengumuman oleh Hyundai Motor Company (HMC) untuk pelaburan RM2.16 bilion di Kulim Kedah bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Korea Selatan, baru-baru ini. 

Pada Isnin lepas, ketika sesi soal jawab lisan di persidangan DUN Kedah Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa terdapat ‘agenda besar’ untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di Kedah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading