POLIS SAHKAN WARGA EMAS KORBAN PERTAMA BANJIR TERENGGANU
Polis mengesahkan seorang warga emas yang ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan sawah padi di Kampung Amir dekat sini, pagi tadi, sebagai korban pertama banjir di Terengganu, kali ini.
Sumber Gambar: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
JERTIH: Polis mengesahkan seorang warga emas yang ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan sawah padi di Kampung Amir dekat sini, pagi tadi, sebagai korban pertama banjir di Terengganu, kali ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lokasi Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66, yang merupakan pesara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Besut ditemukan ialah kawasan banjir.
“Saya sahkan itu kes lemas berkait banjir di Terengganu. Ia kes pertama di negeri ini untuk banjir ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi banjir di Kampung Padang Luas, di sini hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan seorang warga emas ditemukan lemas selepas keluar dari rumah pada 7.55 pagi tadi untuk melihat pukat bersama rakannya di Kampung Amir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli dilaporkan berkata sebanyak 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9.08 pagi.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 10 pagi sekitar lima meter dari lokasi dia dilaporkan tenggelam dan ditemukan di dasar air yang keruh serta arus agak deras.
Sehubungan itu, Mohd Khairi menasihati individu dewasa khususnya yang berniat untuk mencari rezeki sewaktu musim tengkujuh ini supaya berwaspada dan mengelakkan lokasi berisiko demi keselamatan masing-masing.
Beliau juga berkata setakat ini hanya Balai Polis Kuala Jengal di Dungun dan Pondok Polis Tenang di Besut yang dinaiki air sedalam 0.3 meter namun operasi di kedua-dua premis masih berjalan setelah peralatan dan kelengkapan penugasan dipindahkan ke tempat selamat.
“Seramai kira-kira 20 anggota bertugas si pondok dan balai tersebut dan mereka ketika ini bertugas seperti biasa. Selain itu, kita kenal pasti ada satu balai polis di Setiu yang berisiko terkesan banjir,” katanya.
Setakat 4 petang tadi, Terengganu mencatatkan 14,111 mangsa daripada 4,113 keluarga terkesan banjir dan berlindung di 190 pusat pemindahan sementara membabitkan tujuh daerah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests