Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT WANITA DALAM GAUNG DIKLASIFIKASI KES BUNUH

DALAM NEGARA

MAYAT WANITA DALAM GAUNG DIKLASIFIKASI KES BUNUH

Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung pada Ahad lalu.

SEREMBAN: Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata ia berdasarkan hasil siasatan pihaknya setakat ini susulan penahanan tiga suspek sebelum ini.

“Walaupun menyorok kematian, kesalahan itu tetap disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Punca sebenar kematian masih dalam siasatan tetapi difahamkan mangsa menghidap COVID-19 semasa kematian.

“Kita akan tunggu perkembangan siasatan seterusnya bagi memastikan punca kematian sebenar dan apakah pertuduhan sewajarnya diberikan kepada tiga individu yang telah ditahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman tujuh hari hingga 29 Mac bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Mohamad, tiga individu berkenaan juga merupakan ahli keluarga mangsa.

Beliau berkata sekurang-kurangnya empat individu termasuk ahli keluarga lain dan jiran terdekat di kawasan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Sebab kita dapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jadi kita akan terus siasat dan mengenal pasti sebab kematian dan punca kejadian itu boleh berlaku,” katanya.

Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading