Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MEKANIK MAUT MOTOSIKAL BERGESEL LORI SIMEN

DALAM NEGARA

MEKANIK MAUT MOTOSIKAL BERGESEL LORI SIMEN

Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori simen di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam tadi.

KUALA PILAH: Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori simen di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Mustafah Hussin berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam semasa mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban.

“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mangsa cuba memotong lori di hadapannya, namun tidak berjaya.

“Pada masa sama, sebuah kereta dari arah bertentangan berselisih dengan motosikal tersebut mengakibatkan mangsa bergesel dengan lori sebelum terjatuh ke bawah lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading