WARIS MANGSA KEBAKARAN TAHFIZ ITTIFAQIYAH PEROLEH GANTI RUGI RM1.43 JUTA
Sebanyak 17 anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat dan 14 bekas pelajarnya memperoleh ganti rugi berjumlah RM1.43 juta dalam satu saman fitnah terhadap pemilik pusat tahfiz itu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat dan 14 bekas pelajarnya memperoleh ganti rugi berjumlah RM1.43 juta dalam satu saman fitnah terhadap pemilik pusat tahfiz itu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said yang membenarkan sebahagian tuntutan dimohon oleh kesemua plaintif turut memerintahkan pemilik pusat tahfiz, Mohd Zahid Mahmood dan isteri Samsurini Mohd Anuwi serta MAIWP membayar ganti rugi kesedihan RM10,000 bagi setiap waris keluarga yang kehilangan anak mereka.
Mahkamah juga mengarahkan ketiga-tiga defendan membayar kos RM20,000 kepada setiap plaintif.
Ganti rugi RM1.43 juta itu termasuk ganti rugi teladan dan teruk sebanyak RM500,000 yang perlu dibayar secara bersama oleh ketiga-tiga defendan serta ganti rugi nominal sebanyak RM30,000 yang perlu dibayar kepada setiap plaintif.
Suzana dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati kesemua defendan telah cuai dalam memastikan keadaan dan keselamatan pelajar tahfiz dan guru-guru yang berada dalam bangunan berkenaan.
“Keputusan mahkamah bergantung kepada pembuktian… mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan berdasarkan emosi dan kesesuaian, tetapi berpaksikan undang-undang sedia ada dan beban untuk membuktikan tuntutan adalah kepada pihak plaintif.
“Tidak dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa kebakaran berlaku, kematian dan kecederaan berlaku. Jadi siapa bertanggungjawab?
“Pihak defendan tidak mengaku bertanggungjawab tetapi semua menyatakan ia akibat aktiviti jenayah yang sudah diputuskan oleh mahkamah jenayah. Kes ini membabitkan tuntutan sivil dan siapa sebenarnya cuai dan bertanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, Suzana menolak tuntutan plaintif-plaintif terhadap ganti rugi trauma, kecederaan dan gangguan emosi serta tuntutan wang derma yang diperoleh pusat tahfiz daripada orang awam.
“Ia tidak dapat dibuktikan oleh plaintif bahawa wang yang masuk bertujuan untuk pembahagian kepada plaintif, tambahan pula dimasukkan dalam akaun persendirian (pusat tahfiz). Kesimpulannya, tiada amaun dapat menggantikan kehilangan namun mahkamah berpandangan jumlah pampasan dapat diberikan melalui ganti rugi nominal yang bersesuaian,” katanya.
Sementara itu, peguam Mohaji Selamat yang mewakili kesemua plaintif memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Mohaji turut dibantu peguam Mohamad Azli Arba’ai, Muhammad Asif Zahari dan Muhammad Hadi Nafiz Mohammad Din manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhayar dan Nurul Syamimi Norazlan mewakili pemilik pusat tahfiz dan MAIWP pula diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hasan, Nooron Aini Zakaria dan Nurfaiqa Fakhrul Azman.
Pada Jun 2018, kesemua plaintif memfailkan saman berkenaan terhadap pasangan suami isteri itu dan MAIWP selepas mendakwa ketiga-tiga defendan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan sebahagian pelajar pusat tahfiz itu menjadi mangsa kebakaran dan tidak dapat menyelamatkan diri semasa berlakunya kebakaran pada 14 Sept 2017.
Mereka menuntut deklarasi bahawa ketiga-tiga defendan itu cuai bagi memastikan kewujudan peralatan mencegah kebakaran di tangga jalan keluar pintu asrama pelajar itu, gagal mewujudkan dua laluan keluar pada bilik asrama dan membenarkan bangunan yang belum memiliki Perakuan Menduduki/Perakuan Siap atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk dijadikan asrama pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini berlaku pada 5.15 pagi, 14 Sept 2017 menyebabkan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan sementara itu.
Pada 21 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki berumur 22 tahun yang diperintahkan ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, selepas disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran pada 2017.
Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati pemuda itu bersalah atas kesalahan membunuh dan memerintahkan dia ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Lelaki itu berumur 16 tahun ketika melakukan kesalahan terbabit. Rayuan pemuda itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Sept 2023. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager