MESIR SEDIA TERIMA ORANG AWAM CEDERA DARI GAZA SEBAIK PINTU SEMPADAN RAFAH DIBUKA SEMULA
Mesir pada Rabu menyatakan kesediaan untuk menerima orang awam yang cedera dari Semenanjung Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu sebaik sahaja pintu sempadan Rafah dibuka semula, lapor Anadolu Ajansi (AA).
KAHERAH: Mesir pada Rabu menyatakan kesediaan untuk menerima orang awam yang cedera dari Semenanjung Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu sebaik sahaja pintu sempadan Rafah dibuka semula, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gabenor Sinai Utara Mej Jen Khaled Mujawir memberitahu televisyen negara Mesir, pihak Mesir di sempadan Rafah bersedia menghadapi sebarang perkembangan di lapangan.
“Pusat pengurusan krisis sedang mengusahakan pelbagai senario yang mungkin, termasuk penghantaran bantuan, jika perkembangan mengizinkan, sebagai persediaan pembukaan semula sempadan itu,” kata Mujawir.
Beliau menegaskan yang Mesir membuat persiapan awal dan penyelarasan sedang dijalankan dengan pusat krisis di Kaherah serta semua institusi negara.
“Kami bersedia 100 peratus untuk kemasukan bantuan dan untuk menerima orang awam yang cedera dari Semenanjung Gaza,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pada 9 Okt 2025 mengumumkan bahawa Israel dan Hamas meluluskan fasa pertama pelan gencatan senjata bagi Gaza semasa rundingan yang sedang berlangsung di Mesir.
Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada hari berikutnya selepas diluluskan oleh regim Israel.
Mayat tawanan Israel terakhir di Gaza, Ran Gvili ditemukan dan dibawa pulang ke Israel pada 26 Jan, dengan kumpulan Palestin di Gaza sebahagian besarnya memenuhi syarat fasa pertama perjanjian.
Namun, sekalipun gencatan senjata dilaksanakan, tentera Israel terus melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza atas pelbagai alasan.
Sementara itu, utusan khas Timur Tengah Trump Steve Witkoff, mengumumkan pada 14 Jan yang fasa kedua pelan Gaza 20 perkara sudah bermula dan satu Jawatankuasa Pentadbiran Nasional Gaza yang dianggotai teknokrat Palestin dibentuk di bawah kepimpinan Ali Shath bagi mentadbir wilayah berkenaan.
Pembukaan semula pintu sempadan Rafah di sempadan Mesir-Gaza yang ditutup dan berada di bawah kawalan Israel sejak Mei 2024 serta membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam kuantiti yang dipersetujui, turut termasuk dalam komitmen fasa pertama perjanjian.
Menurut penyiar rasmi Israel, KAN, pintu sempadan Rafah dijangka dibuka semula bagi pergerakan dua hala pada 1 Feb.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager