MUHYIDDIN SAHKAN DIPANGGIL SPRM BERHUBUNG JANA WIBAWA
Beliau berkata ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai projek Jana Wibawa.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata SPRM memaklumkan beliau dipanggil bagi memberikan keterangan, dan bukan sebagai suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.
“Jana Wibawa adalah projek yang diusahakan pihak Kementerian Kewangan (MOF) yang dicadangkan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Tengku Zafrul, untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa COVID-19, yang kalau tidak dibantu sebahagian besar akan gulung tikar.
“Cadangan itu dibawa ke Kabinet dan luluskan. Kita laksanakan dengan meminta Persatuan Pemborong Bumiputera untuk mengemukakan nama-nama kontraktor berwibawa yang diluluskan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Blood Donation Drive Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf di sini, hari ini.
Katanya peraturan itu ditetapkan oleh Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu untuk memilih, atau kementerian yang terlibat dengan projek-projek tadi untuk memberi pertimbangan, menilai sama ada yang mohon itu layak atau tidak
Sehubungan itu Muhyiddin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam proses mempertimbangkan atau meluluskan projek berkenaan kerana ia tertakluk di bawah MOF.
“Jadi apa terlibat dengan saya? Tiada, cuma menyalurkan sahaja. Adakah saya memutuskan? Tidak sama sekali. Saya jelaskan juga, ada yang ditanya kenal ke tidak kontraktor? Saya tak kenal, tak pernah berjumpa pun dengan mereka, nama-nama syarikat pun saya tak tahu,” katanya.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tata cara perolehannya dibuat mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, penangguhan projek melibatkan nilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked