MURID MASUK TAHUN SATU USIA ENAM TAHUN, TAMAT SEKOLAH UMUR 16 TAHUN – KPM
Kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijadual menamatkan pendidikan peringkat menengah atas lebih awal iaitu pada usia 16 tahun.
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijadual menamatkan pendidikan peringkat menengah atas lebih awal iaitu pada usia 16 tahun.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam dokumen Soalan Lazim (FAQ) menjelaskan kumpulan murid itu tidak akan berada dalam Tahun Satu selama dua tahun, sebaliknya mengikuti struktur sedia ada: enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.
“Murid akan mengikuti peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+),” menurut dokumen yang disediakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.
KPM menegaskan bahawa kemasukan awal itu adalah pilihan sukarela ibu bapa dan tidak diwajibkan selain bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kanak-kanak yang telah mengikuti prasekolah pada usia lima tahun serta lulus saringan diagnostik yang ditetapkan.
Bagi memastikan kualiti pembelajaran tidak terjejas, KPM telah menyediakan Kurikulum Persekolahan 2027 yang disesuaikan dengan tahap kognitif murid, termasuk mereka yang mungkin belum mengikuti prasekolah agar dapat menguasai kemahiran asas dengan berkesan.
Dari aspek prasarana, kementerian merancang pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi menampung keperluan murid di seluruh negara.
KPM juga komited memastikan bekalan guru mencukupi melalui pelbagai saluran latihan termasuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP) serta pelantikan secara Kontrak Perkhidmatan (COS).
Polisi kemasukan awal itu merupakan sebahagian daripada fleksibiliti sistem pendidikan negara bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang mencapai tahap kesediaan akademik lebih awal untuk memulakan persekolahan formal sebelum usia lazim tujuh tahun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.