Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH BAKAR ENAM RUMAH DI KAMPUNG JOHAN SETIA 

DALAM NEGARA

PENGANGGUR MENGAKU TIDAK BERSALAH BAKAR ENAM RUMAH DI KAMPUNG JOHAN SETIA 

Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat Klang, minggu lepas.

Sumber: BERNAMA

KLANG: Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lepas. 

‎Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.

‎Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar 2 hingga 2.30 petang pada 13 Jan lepas mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

‎Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk kepada kesalahan yang tidak boleh dijamin. 

‎‎”Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan kuasa budi bicara saya mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.

‎Jefery, yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan untuk dibenarkan jaminan. 

‎Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading