Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LIMA TAHUN MAUT TERCEKIK BIJI RAMBUTAN

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LIMA TAHUN MAUT TERCEKIK BIJI RAMBUTAN

Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tercekik dan terdapat biji rambutan pada kerongkong.

CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas tercekik biji rambutan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman pada 2.50 petang.

 “Kejadian dipercayai berlaku pada 1.30 tengah hari di rumah mangsa di Felda Neram 1 di sini semasa kanak-kanak itu makan rambutan bersama-sama kakaknya yang berusia enam tahun. 

 “Suara mangsa didakwa tersekat-sekat kerana biji rambutan tercekik pada kerongkong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 Mohd Razi berkata keluarga mangsa membawa kanak-kanak itu ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. 

 “Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tercekik dan terdapat biji rambutan pada kerongkong,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading