SELANGOR JADIKAN PEMBANGUNAN ISLAM TERAS DASAR NEGERI, BERPAKSIKAN MAQASID SYARIAH
Kerajaan Negeri Selangor meletakkan pembangunan Islam sebagai teras utama dasar negeri yang dilaksanakan secara tersusun dan berpaksikan kepada Maqasid Syariah, iaitu demi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor meletakkan pembangunan Islam sebagai teras utama dasar negeri yang dilaksanakan secara tersusun dan berpaksikan kepada Maqasid Syariah, iaitu demi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pendekatan tersebut, diterjemahkan melalui tadbir urus hal ehwal Islam yang berwibawa dan berkesan, dengan penglibatan aktif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta agensi agama negeri yang lain secara bersepadu.
“Justeru, kerajaan negeri kekal komited menyokong sepenuhnya segala usaha yang membawa umat Islam untuk mendekati, memahami dan menghayati al-Quran sebagai panduan hidup, selain memberi perhatian besar terhadap pembangunan ilmu dan pendidikan Islam, kerana ilmu itu asas kepada pembinaan tamadun.
“Pelaburan berterusan dilakukan dalam pembangunan sekolah-sekolah agama negeri, institusi tahfiz dan pondok, serta program Akademi Literasi al-Quran Selangor (ALAS), dengan matlamat melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berfikiran kritis, berakhlak mulia dan berupaya memimpin masyarakat pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1447H/2026M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah, Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin dan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Amirudin berkata kerajaan Selangor yakin kemajuan ekonomi yang mampan, mesti digandingkan dengan kekuatan ilmu dan kesuburan spiritual.
“Justeru, di Selangor pembangunan ekonomi sentiasa diseiringkan dengan pemerkasaan modal insan, keadilan sosial dan nilai kemanusiaan.
“Inilah semangat Malaysia MADANI yang kita junjung bersama, iaitu sebuah gagasan pembangunan yang menekankan keseimbangan antara kemajuan dan nilai, antara teknologi dan akhlak, serta antara pertumbuhan dan kemanusiaan,” katanya.
Pertandingan tilawah dan hafazan peringkat negeri itu berlangsung selama empat hari bermula hari ini, disertai 19 peserta tilawah (10 qari dan 9 qariah) dan 35 peserta hafazan (18 hafiz dan 17 hafizah) yang memperlihatkan bakat dalam bidang seni al-Quran serta hafalan, bagi melayakkan diri bertanding ke peringkat kebangsaan di Terengganu pada 13 hingga 18 April depan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests