BM, SEJARAH SPM DIWAJIBKAN UNTUK SEKOLAH ANTARABANGSA, AGAMA DAN UEC – ANWAR
Ketetapan baharu itu akan menyelaraskan semua sistem pendidikan negara di bawah kerangka yang sama, sekali gus menamatkan kekeliruan dan polemik berkaitan kesetaraan laluan akademik ke pendidikan tinggi.
PUTRAJAYA: Semua sekolah di negara ini termasuk di sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diwajibkan menawarkan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai mata pelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ketetapan baharu itu akan menyelaraskan semua sistem pendidikan negara di bawah kerangka yang sama, sekali gus menamatkan kekeliruan dan polemik berkaitan kesetaraan laluan akademik ke pendidikan tinggi.
“Keadaan sudah berubah…majoriti besar pelajar aliran UEC dan sekolah antarabangsa mengambil SPM tetapi dalam aturan sekarang, (subjek) Bahasa Melayu dan Sejarah diwajibkan bagi sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat dan semua sekolah aliran Cina atau UEC.
“Maka dengan kaedah ini, jalur mereka ke pendidikan tinggi tidak lagi sepatutnya menjadi kontroversi,” katanya pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Anwar berkata sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz yang kian berkembang dengan jumlah pelajar melebihi 400,000 orang, tidak terkecuali daripada ketetapan kerajaan berkenaan.
“Mereka boleh kekalkan manhaj tarbiah dan kitab-kitab masing-masing…kita tidak akan usik. Tetapi sebagai syarat menerima bantuan kerajaan, mereka juga diwajibkan mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.
Sambil berkongsi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kedudukan bahasa Melayu ketika merasmikan sidang Parlimen semalam, Anwar berkata kerajaan juga mahu memastikan bahasa kebangsaan itu terus dimartabatkan sebagai bahasa ilmu dan lingua franca negara.
“Negara telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka penguasaannya bukan sekadar menguasai, tetapi perlu ditingkatkan…kurikulum di sekolah dan universiti harus diperkasakan seiring tuntutan masa,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mesti ditingkatkan agar subjek itu tidak diajar secara sambil lewa, memandangkan Malaysia merupakan negara perdagangan yang bergantung kepada interaksi global.
“Bahasa Inggeris harus diberi lebih keutamaan sebagai bahasa kedua. Standard dan mutu pengajaran mesti ditingkatkan,” katanya.
Anwar berkata penguasaan bahasa Inggeris penting dalam transformasi digital, peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan bidang ilmu berkaitan masa depan.
Anwar turut mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menyediakan guru yang mencukupi bagi semua bahasa utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta bahasa pilihan seperti Mandarin, Tamil dan Arab agar keperluan pelajar di semua sekolah kebangsaan dipenuhi dengan baik.
“Jadi pilihan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab mesti ada di sekolah-sekolah bagi anak-anak yang memilih untuk menguasai bidang-bidang itu.
“Kita harap dapat selesaikan kontroversi bahasa tidak berkesudahan. Saya dibesarkan tahun 50-60-an.. perseteruan soal bahasa dan konflik bahasa itu hangat. Tahun 2026 dengan dasar ini, insya-Allah kita tamatkan polemik bahasa,” katanya. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests