Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SPRM TAHAN INSPEKTOR POLIS SERTA ADIK LELAKI, DISYAKI TERIMA RASUAH RM30,000

DALAM NEGARA

SPRM TAHAN INSPEKTOR POLIS SERTA ADIK LELAKI, DISYAKI TERIMA RASUAH RM30,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mereman  seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama adik lelakinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan melepaskan individu terlibat dalam kes jenayah narkotik.

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mereman  seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama adik lelakinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan melepaskan individu terlibat dalam kes jenayah narkotik.

Perintah reman lima hari hingga 24 Jan telah dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang wanita dan lelaki lingkungan 20 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Pahang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah antara RM1,000 hingga RM7,000 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek lelaki,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading