Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NENEK TULAR BACA YASIN: CUCU PEROLEH SEMUA A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2024

DALAM NEGARA

NENEK TULAR BACA YASIN: CUCU PEROLEH SEMUA A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2024

Video berdurasi 26 saat itu memperlihatkan wajah gembira remaja itu selepas penyerahan slip keputusan peperiksaan di dewan sekolahnya.

Petaling Jaya: Seorang remaja lelaki yang juga cucu kepada seorang nenek yang tular membaca surah Yasin dan berzikir semasa remaja itu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), memperoleh keputusan cemerlang semua A, dalam peperiksaan berkenaan.

Menerusi sebuah hantaran melalui aplikasi Tiktok, pengguna @Crmuhammadnazri, memperlihatkan slip keputusan peperiksaan remaja tersebut yang diumumkan di Maktab Rendah Sains Mara, Lenggong, Perak pada Khamis.

Video berdurasi 26 saat itu memperlihatkan wajah gembira remaja itu selepas penyerahan slip keputusan peperiksaan di dewan sekolahnya.

Rata-rata pengguna media sosial tersentuh dengan pengorbanan nenek serta keberkatan doa yang dipanjatkan oleh beliau yang sekaligus diyakini antara penyumbang kepada kejayaan cucunya.

Terdahulu pada Januari, tular sebuah rakaman yang memaparkan seorang wanita warga emas yang tekun mengalunkan bacaan Yasin semasa peperiksaan SPM berlangsung.

Hantaran video itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terharu melihat pengorbanan seorang nenek pada cucunya.

Difahamkan, cucu kepada nenek tersebut telah kematian ibunya pada Oktober 2024. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading