Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNA AYAT AL-QURAN PROMOSI BUDAYA SONGSANG, JAWI DIARAH SIASAT SEGERA – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

GUNA AYAT AL-QURAN PROMOSI BUDAYA SONGSANG, JAWI DIARAH SIASAT SEGERA – MENTERI AGAMA

Tindakan sebuah gerakan menggunakan ayat suci al-Quran dalam mempromosikan budaya songsang adalah tidak bermoral kerana mencemarkan kemuliaan kitab suci al-Quran.

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah gerakan menggunakan ayat suci al-Quran dalam mempromosikan budaya songsang adalah tidak bermoral kerana mencemarkan kemuliaan kitab suci al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, ayat suci al-Quran yang digunakan gerakan itu telah ditafsir jauh dari konteks serta makna sebenar ayat tersebut.

Pihaknya menegaskan bahawa perbuatan tersebut mengguris maruah umat Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati al-Quran dengan tradisi keilmuan yang panjang dan tidak sewenang-wenangnya menterjemah mengikut nafsu sehingga menyesatkan dari maksud sebenar apatah lagi untuk menjadikan dalil budaya yang bertentangan dengan nilai Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat serta mengambil tindakan ke atas kejadian sepanduk ayat suci al-Quran yang digunakan secara salah bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara.

Terdahulu tular hantaran di media sosial yang memaparkan sebuah sepanduk menggunakan terjemahan ayat suci al-Quran dalam mempromosi budaya songsang, dalam satu perarakan di ibu negara.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading