Pada awalnya Farah Hanani telah menghalang ayahnya menghantar kad undangan pada hari ini kerana beliau ingin turut serta mengundang saudara-mara di Kuala Terengganu pada Sabtu, 19 Februari nanti.
BESUT: Perjalanan seorang lelaki dari Bachok ke Kuala Terengganu untuk menghantar kad undangan majlis perkahwinan anak perempuannya berakhir tragedi apabila dia dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tembila di Kampung Pengkalan Kubur di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Toyota Hilux berwarna putih yang dipandu mangsa Syukri Wahab, 52, dengan ditemani isterinya Azizah Mohamad Yusoff, 51, terbabas sebelum merempuh pagar Jambatan Tembila dan terjatuh ke dalam sungai.
Menurut bekas isteri mangsa, Lailawati Omar, 43, Syukri dalam perjalanan untuk menghantar kad undangan kepada saudara mara di Kuala Terengganu, sempena perkahwinan anak perempuan mereka Farah Hanani, 24, yang bakal berlangsung pada 5 Mac ini.
Lailawati berkata pada awalnya Farah Hanani telah menghalang ayahnya menghantar kad undangan pada hari ini kerana beliau ingin turut serta mengundang saudara-mara di Kuala Terengganu pada Sabtu, 19 Februari nanti.
Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.52 pagi tadi dan seramai 10 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya anggota penyelamat dan orang awam berjaya menemui Azizah yang berpaut pada dahan pokok dan berada dalam keadaan lemah kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Wanita itu telah dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
Mohamad berkata, usaha pencarian Syukri kini tertumpu sekitar 20 meter dari lokasi kejadian dengan disertai 81 anggota penyelamat daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta 12 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dengan menggunakan lima buah bot.
Pasukan penyelamat ketika usaha pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas.
Difahamkan kenderaan mangsa berjaya ditemui pada jam 5.15 petang tadi kira-kira 10 meter dari lokasi terjunam dan berjaya diangkat pada jam 6.25 petang dengan menggunakan sebuah kren.
Namun mangsa tiada di dalam pacuan empat roda tersebut.
Katanya hujan lebat yang menyebabkan air sungai naik serta arus deras merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota penyelamat bagi misi pencarian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Pingback: BEG SANDANG DITEMUI, PEMANDU HILUX MASIH HILANG – ALHIJRAH ONLINE