Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NUR FARAH KATRINI DILAPOR HILANG DITEMUKAN MATI DI LADANG KELAPA SAWIT

DALAM NEGARA

NUR FARAH KATRINI DILAPOR HILANG DITEMUKAN MATI DI LADANG KELAPA SAWIT

Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan Rabu lepas  ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan Rabu lepas  ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang.

Beliau berkata polis telah menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun susulan kejadian itu.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir sebelum ini memaklumkan laporan kehilangan wanita dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah dibuat rakan serumahnya pada 1.56 pagi, Khamis lepas.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading